Pemilik EV Tesla dihalang beli polisi insurans AIG Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Antara perkara yang mungkin akan menghantui golongan pemilik kereta elektrik pada masa depan ialah kesukaran mendapatkan polisi perlindungan insurans yang sewajarnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adakah perkara ini sudah berlaku di Malaysia?

Menurut hantaran di laman Facebook Malaysia Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) oleh Azlan Mahmud memaklumkan penyedia insurans AIG Malaysia mengenakan syarat ketat bagi pengguna yang mahu mendapatkan pelan AIG Comprehensive Car Insurance, terutama bagi pemilik kereta elektrik berjenama Tesla.
 

AIG


Berdasarkan syarat pembelian yang boleh dibaca menerusi tangkap layar di atas, pemilik semua model EV berjenama Tesla adalah dilarang daripada memohon polisi insurans yang ditawarkan oleh AIG Malaysia.

Antara kenderaan lain yang turut terkesan termasuklah Toyota Hilux, Toyota Fortuner, minivan Toyota Alphard/Vellfire, motosikal, kenderaan komersial serta kereta berprestasi tinggi.

Selain itu, kereta recon dan kenderaan yang telah diubahsuai juga tidak layak untuk memohon pelan tersebut.

Jadi, adakah pemilik Tesla langsung tidak dibenarkan mendapat polisi insurans daripada AIG Malaysia?
 

tesla


Menurut laporan daripada SoyaCincau, pihak AIG Malaysia menjelaskan sekatan tersebut hanya dikenakan untuk pemilik Tesla yang memohon menerusi dalam talian sahaja.

Ini bermakna, pemilik EV Tesla perlu menghantar sendiri permohonan tersebut secara manual atau menerusi ejen insurans.

Anehnya, pemilik EV daripada jenama selain Tesla juga perlu memohon secara pelan insurans tersebut secara manual walaupun perkara itu langsung tidak dijelaskan menerusi laman web rasmi syarikat tersebut.

Untuk makluman, terdapat beberapa aspek yang akan dipertimbangkan oleh syarikat insurans sebelum mereka bersetuju untuk menawarkan perlindungan insurans.
 

snm


Antaranya termasuklah kos pembaikan kenderaan dalam kemalangan, kadar susut nilai kenderaan utuk menentukan status 'total loss', harga komponen, serta jenis kenderaan yang mudah atau sering dicuri.

Faktor kos pembaikan yang tinggi merupakan antara punca kenapa harga premium insurans EV lebih mahal jika dibandingkan dengan kereta konvensional, dan syarikat insurans juga berhak menolak daripada menawarkan polisi kepada pengguna.

Berdasarkan laporan The Guardian pada tahun lepas, kebanyakan pemilik EV di UK terpaksa berdepan dengan peningkatan kos insurans yang lebih mahal. 

Secara purata, harga premium yang perlu dibayar oleh pemilik boleh melonjak sehingga 72 peratus jauh lebih mahal berbanding nilai yang terdahulu. 

Sumber: AIG Malaysia, SoyaCincau, The Guardian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Naib Presiden Operasi Bjak, Fatin Izzati menjelaskan, Bjak bekerjasama dengan penyedia BNPL…