Pemilik kereta dihempap pokok tumbang boleh tuntut pampasan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Mangsa kejadian pokok tumbang di Kota Kemuning pada Selasa boleh membuat tuntutan pampasan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, mangsa terlibat boleh membuat tuntutan mengikut prosedur ditetapkan.

 

Sebelum itu pada Selasa lalu,  mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya, Kia Forte dalam satu kejadian di Kota Kemuning, di Shah Alam.

Tindakan individu terbabit dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA.

Jelas Sze Han, tuntutan membabitkan kes seumpama itu adalah perkara sedia ada dalam insurans dinamakan Tanggungan Awam (public liabiliti).

"Mangsa perlu membuat laporan sendiri kerana perkhidmatan tidak tersedia secara dalam talian.

"Pemilik kenderaan tidak perlu menunggu pegawai MBSA tiba di tempat kejadian untuk menilai keadaan. Juga tidak perlu menghalang kontraktor pembersihan membersihkan serpihan pokok kerana pembersih terpaksa melakukannya atas sebab keselamatan awam," katanya seperti dilaporkan sebuah portal pada Rabu.

Menurut Sze Han lagi, pemilik kenderaan hanya perlu merakam gambar kerosakan dialami akibat pokok tumbang dan terus ke MBSA untuk membuat tuntutan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan pengamatan dan pengesahan daripada penghantar imej itu sendiri, model yang diuji penuh…
Berita Global
Sebuah tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap Hyundai Amerika Utara dan Kia Motors Amerika yang…
Berita Global
  Secara peribadi, wajah depan Forte generasi ketiga kurang ekspresif berbanding generasi pertama…