Sindiket curi, ubah nombor casis lori tumpas

oleh Mohamad Hanif|
Polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket yang aktif dalam kegiatan mencuri dan mengubah nombor enjin lori baru-baru ini, menurut laporan MalaysiaGazette.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut terbongkar dalam Op Lejang Khas yang dibuat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor dan Perak pada 12 hingga 16 Jun lalu.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan seramai 18 individu yang disyaki bertanggungjawab dalam serbuan ke 10 premis bengkel di tiga lokasi berbeza,” katanya.

Dalam serbuan sama, Bahagian D4 (kenderaan berat), JSJ turut merampas  21 buah lori dan bongkah enjinnya serta peralatan mengetuk enjin casis.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan itu adalah sebanyak RM2.1 juta,” kata kenyataan yang sama.

Kesemua suspek yang ditahan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan mereka.

 


Sumber: MalaysiaGazette

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan yang menggunakan nama Nor Vincent dan Mr…
Berita Domestik
Dalam operasi khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini, pasukan khas yang diketuai…
Berita Domestik
"Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan…