PEMILIK TESLA TERKEJUT KERETANYA BERASAP KETIKA SEDANG DICAS

oleh Firdaus Razani|
SEORANG pemilik Tesla di Amerika Syarikat panik selepas mendapati kereta eletrik (EV)-nya itu berasap ketika sedang mengecas dan menelefon talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk semua model Tesla yang baharu, ia sememangnya didatangkan dengan ciri pam haba dan ia merupakan ciri khas untuk pengguna yang tinggal di kawasan yang mengalami musim sejuk yang amat tinggi.

Pam haba tersebut dapat membantu pengguna menggunakan kenderaan dalam cuaca sejuk untuk meningkatkan kecekapan dan jarak yang ketara berbanding EV yang tidak mempunyai ciri ini.

Tetapi sesetengah pemilik Tesla nampaknya tidak begitu memahami cara pam haba berfungsi, dan salah seorang daripada mereka tersalah anggap dengan stim yang dihasilkan oleh sistem HVAC (Heating, ventilation, and air conditioning) adalah asap kebakaran.

Ia berlaku pada hari kedua Krismas kepada pemilik Tesla, David Ciccone di stesen pengecasan di lokasi yang tidak didedahkan.

Melalui media sosial X, dia mendakwa keretanya "secara tidak dijangka mula mengeluarkan asap," walaupun dia gagal memberikan butiran lanjut tentang punca asap tersebut.

 

tesla

 

"Saya keluar dari kenderaan dan mencabutnya dari supercharger. Saya menghubungi 911, dan pihak polis dan bomba telah dihantar," tambahnya.

Setelah pasukan keselamatan tiba di lokasi, mereka mendapati kereta tersebut tidak mengeluarkan asap punca kebakaran tetapi ia adalah wap yang dihasilkan oleh pam haba Tesla tersebut.

Sebagai pemilik, perkara itu akan mudah untuk menjadi panik apabila tidak menyedari perkara tersebut dan melihat sesuatu yang kelihatan seperti asap keluar dari Tesla yang sedang mengecas.

Situasi tersebut adalah maklumat berguna untuk semua pemilik Tesla di luar sana yang kenderaannya mempunyai pam haba dan wap mungkin akan terhasil keluar dari kereta dan itu adalah perkara biasa dalam cuaca sejuk untuk model Tesla.

 

SUMBER : InsideEVs

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…