Peminat Initial D? Beli tetikus Mazda RX-7 Keisuke Takahashi, harga RM247 sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pengikut setia animasi perlumbaan Initial D (dan MF Ghost) sudah pasti tidak asing lagi dengan kereta sports Mazda RX-7 berwarna kuning ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam siri tersebut, ia merupakan Mazda RX-7 FD3S yang dipandu oleh watak Keisuke Takahashi yang kemudian menjadi jentera penting di dalam Project D bermula dari musim keempat sehinggalah animasi tersebut ditamatkan sepenuhnya.
 

project d


Untuk mencari sebuah FD3S yang terpakai mungkin sekali agak sukar dan statusnya sebagai kereta sports berenjin rotari dari Jepun menjadikan harganya sukar untuk turun dalam masa terdekat.

Nak yang murah? Pihak Camshop Japan kini mula menerima tempahan bagi produk tetikus yang menyerupai kereta Mazda RX-7 FD3S yang dipandu oleh watak Keisuke.
 

FD


Setiap pembelian akan disertakan dengan pelapik tetikus yang boleh didapati dalam tiga rekaan yang berbeza.

Tetikus tanpa wayar ini dihasilkan mengikut spesifikasi FD3S yang muncul pada animasi Initial D First Stage, malah ia juga turut menampilkan rekaan sayap belakang tinggi yang pernah diperli oleh watak utama Takumi Fujiwara.

Selain itu, terdapat juga lampu depan dan belakang yang akan menyala semasa tetikus itu dihidupkan.
 

FD


Berdasarkan semakan di laman web Camshop, tetikus Mazda RX-7 FD3S ini dijual pada harga 7,700 yen (RM246.93) tidak termasuk kos penghantaran.

Proses penghantaran pula dijadualkan pada awal Februari 2024. 

 

Babak dalam Initial D First Stage, Episod 2.

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah pada awal tahun lalu, nilai untuk sebuah Toyota 2000GT sudah pun mencecah US$2.53 juta (RM11…
Berita Global
Namun, bagaimana pula jika sesebuah tayar itu boleh bergerak seumpama bebola jejak dalam tetikus…
Berita Global
Dibangunkan antara tahun 1967 sehingga tahun 1970, hanya sebanyak 351 unit telah berjaya keluar…