Penampilan semula koleksi Seiko 5 Sports dengan reka bentuk terbaharu

oleh SALINA JALIL|
Rangkaian legenda 'Seiko 5 Sports' membuat penampilan semula dengan pelancaran 16 model yang kini boleh didapati di Malaysia. Pelancaran semula koleksi paling terkenal jenama ini menggamit semula warisan dan nostalgia masa lalu ketika Seiko 5 pertama kali diperkenalkan di dunia pada tahun 1963 sebagai jam tangan automatik pertama dari Jepun dengan fungsi hari-tarikh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebagai meraikan kelahiran semula koleksi ikonik ini, Junpei Matsue dan Atsushi Shinkai dari Seiko Watch Corporation telah dijemput khas untuk berkongsi tentang inspirasi reka bentuk yang telah menjadikan koleksi ini diminati di seluruh dunia, terutama di kalangan peminat jam tangan yang lebih muda.

 

seiko 1

 

Pengurus Besar Thong Sia Sdn Bhd, Michael Lim berkata, "Kami difahamkan bahawa terdapat banyak permintaan di kalangan peminat jam tangan yang sering mencari koleksi jam tangan dengan gaya sukan dan keremajaan yang menggambarkan stail unik mereka.

 

Dengan kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dengan Seiko Watch Corporation sejak bertahun-tahun lamanya, kami dapat memperkenalkan koleksi 'Seiko 5 Sports' yang diperbaharui untuk terus mendekati peminat tegar Seiko di Malaysia yang semakin bertambah bilangannya".

 

 

Dengan sejarah horologi selama lima dekad, koleksi 'Seiko 5 Sports' ini kembali dengan mengekalkan reka bentuk asas jenama ini dengan prinsip yang jelas.

 

Rangkaian ini menampilkan lima ciri yang diminati peminat setia 'Seiko 5 Sports' selama ini iaitu pergerakan automatik, paparan hari-tarikh, kalis air, mahkota berlekuk di posisi pukul 4 dan bekas tahan lama.

 

Direka bentuk untuk individu golongan muda yang bertenaga untuk kalangan generasi baru, 'Seiko 5 Sports' ini kembali dengan membawa lima variasi tersendiri iaitu Sports, Suits, Specialist, Street dan Sense untuk memenuhi citarasa individu berbeza. 

 

 

 

Dikenali sebagai rangkaian ulangan paling moden yang pernah dilihat setakat ini, rangkaian yang diperbaharui ini meraikan perbezaan dari segi gabungan warna, tekstur dan bahan yang digunakan.

 

Rangkaian ini dihasilkan dengan teliti untuk menjadikannya versatil kepada peminat jam tangan yang memakainya di pelbagai acara; sama ada untuk kegunaan harian, gaya hidup aktif ataupun melengkapkan gaya profesional.

 

Selain daripada 'Seiko 5 Sports', Thong Sia Sdn Bhd juga mengedar koleksi Seiko yang lain seperti Grand Seiko, Prospex, Presage, Astron dan Lukia.

 

Rangkaian 'Seiko 5 Sports' kini boleh didapati di butik-butik Seiko dan pengedar sah yang lain di Malaysia.

 

Bagi senarai pengedar sah dan maklumat lanjut mengenai Seiko, sila layari www.thongsia.com.my atau laman Facebook Seiko Malaysia di www.facebook.com/seikomalaysia atau laman Instagram Seiko Malaysia di  www.instagram.com/seikomy.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ketiga-tiga jam tersebut dikuasakan oleh pergerakan kuarza solar dengan penawaran spesifikasi yang…
Gaya Hidup
  Ikukiyo Komatsu, Pakar Pertukangan Moden telah dibawa dari Jepun untuk mempamerkan inovasi…