Penerbangan drone di Thailand memerlukan pendaftaran dari dua agensi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penggunaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dikenali sebagai drone kini tidak lagi terhad kepada industri ketenteraan semata-mata, ia kini dapat digunakan secara meluas dalam pelbagai industri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Drone turut digunakan dalam industri kewartawanan, mencari dan menyelamat, tindak balas bencana, perlindungan aset, pemantauan hidupan liar, memadam kebakaran, penyampai komunikasi, penjagaan kesihatan, pertanian dan banyak lagi.

Namun, penerbangan drone di sesetengah negara tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan seperti pendaftaran bagi membolehkan ianya diterbangkan ke ruang udara.

Sebagai contoh di Thailand, sesiapa yang ingin menerbangkan dron di Thailand dikehendaki untuk mendaftar di dua agensi, iaitu National Broadcasting Telecommunication Commission (NBTC) dan Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT).

 

2

 

National Broadcasting Telecommunication Commission (NBTC)

NBTC adalah untuk mendaftarkan anda sebagai individu dan frekuensi radio yang digunakan oleh alat kawalan jauh drone dan drone.

Drone yang tidak berdaftar dengan NBTC bakal dikenakan denda sehingga THB100,000 (RM12,852) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

Anda juga mesti mendaftar dengan NBTC dalam masa 30 hari selepas memasuki Thailand atau membeli dron di Thailand walaupun tidak menerbangkannya.

Peraturan itu terpakai kepada semua drone yang dipasang dengan kamera termasuk penggunaan hobi. Berikut merupakan perkara dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar dengan NBTC:

  • Melengkapkan borang pendaftaran peralatan radio UAV dan Pengisytiharan Pematuhan Pemilik (ODoC)
  • Salinan kad pengenalan yang ditandatangani, atau salinan pasport dan cop kemasukan yang ditandatangani untuk pelancong
  • Salinan alamat berdaftar atau bukti alamat di Thailand
  • Foto dron yang menunjukkan model, jenama, nombor siri, pengawal, kuantiti dan prestasi Drone termasuk peranti yang dipasang.

 

3

 

Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT)

CAAT ialah pihak berkuasa penerbangan bertanggungjawab untuk mendaftarkan semua pesawat yang terbang di Thailand, termasuklah drone.

Drone peribadi yang kecil juga dianggap sebagai pesawat dan berada di bawah kuasa CAAT serta berada di dalam kategori insurans penerbangan.

Satu-satunya pengecualian ialah jika dron anda tidak mempunyai kamera, jadi semua jenis dron dengan kamera mesti didaftarkan dengan CAAT.

Untuk CAAT, antara benda penting yang perlu ada ialah polisi insurans dron yang meliputi sekurang-kurangnya THB1 juta (RM130,040) dalam insurans liabiliti pihak ketiga.

Berikut merupakan perkara dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar dengan CAAT:

  • Borang Pengisytiharan diri yang lengkap dan diperakui
  • Salinan kad pengenalan yang ditandatangani, atau salinan pasport dan cop kemasukan yang ditandatangani untuk pelancong
  • Salinan alamat berdaftar atau bukti alamat di Thailand
  • Foto dron yang menunjukkan model, jenama, nombor siri, pengawal, kuantiti dan prestasi drone termasuk peranti yang dipasang.
  • Salinan Polisi Insurans Drone, yang melindungi kerosakan disebabkan oleh badan, nyawa dan harta benda pihak ketiga
  • Tujuan menggunakan Drone
  • Kawasan yang ditentukan dan kedudukan geografi untuk terbang
  • Maklumat hubungan pemohon

Akhir sekali, salinan insurans drone, pendaftaran drone yang dikeluarkan daripada NBTC dan CAAT mesti dibawa bersama anda pada setiap masa semasa menerbangkan drone .

 

Sumber: FEIC Thailand

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui perjanjian itu, terdapat inisiatif yang akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran dron…
Berita Global
Paten itu menerangkan dron itu boleh dicaj dan disimpan di dalam ruang but kenderaan itu bila tidak…
Berita Domestik
"Data yang dikumpulkan oleh drone akan dianalisa menggunakan kecerdasan buatan (artificial…