Selangor mungkin guna drone untuk kenal pasti jalan berlubang dan pokok rimbun

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkembangan teknologi semakin berkembang pesat di negeri Selangor nampaknya.

Sabtu lalu Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim berkata drone mungkin menjadi kelengkapan yang berguna bagi 12 Majlis Perbandaran Tempatan di dalam negeri itu untuk mengenal pasti  pokok yang bakal tumbang ketika ribut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Data yang dikumpulkan oleh drone akan dianalisa menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan ini memudahkan kita untuk mengetahui keadaan pokok-pokok serta lubang-lubang di jalanraya," terang beliau.

Beliau seterusnya memberitahu Bernama bahawa informasi yang diterima dari drone itu akan memberikan mereka jumlah pokok-pokok yang berusia lebih 30 tahun dan dahannya semakin hampir kepada kabel elektrik. Pokok-pokok itu akan dicantas dahannya kemudian.

Projek drone ini akan diketuai oleh Majlis IT dan E-Dagang Selangor dan akan dimulai di salah satu majlis perbandaran kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan kesalahan trafik akan diberikan fokus khusus, termasuk memandu melebihi had laju,…
Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…