Penerbangan MAS MH122 dari Sydney ke Malaysia dilapor berpatah balik berikutan 'insiden kecemasan' di udara

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Polis Persekutuan Australia (AFP) telah bertindak balas terhadap "insiden kecemasan" di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney berikutan laporan seorang lelaki mengancam kakitangan dan penumpang di dalam penerbangan Malaysia Airlines MH122.

Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari Lapangan Terbang Sydney pada 1.06 tengah hari.

Tetapi ia terpaksa berpatah balik semasa melintasi utara-barat New South Wales (NSW), dan mendarat di lapangan terbang pada 3.47 petang.

 

2

 

Menurut laporan dari Nine News, seorang individu telah mengancam kakitangan dan penumpang yang mengakibatkan penerbangan terpaksa berpatah balik.

Jurucakap Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, "Kami bertindak balas terhadap insiden kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, dan kemas kini lanjut akan diberikan."

 

Sumber: Nine News

 

Berita Berkenaan

Informasi
Secara kolektif, sasaran itu direka untuk memperkukuh daya tahan kewangan jangka panjang MAG,…
Berita Global
Tambahnya, 47 lagi saman telah ditarik balik selepas keluarga terlibat mencapai penyelesaian di…
Berita Domestik
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penerbangan MH2 ke London…