Penganggur dipenjara tujuh hari, denda RM1,000 miliki kereta curi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Padah memiliki kereta curi, seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Rabu.


Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, memutuskan hukuman berkenaan selepas C Kesavan, 39, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Kesavan didapati memiliki harta curi iaitu Proton Waja bernilai RM7,000 dipercayai dicuri selepas dilaporkan hilang di Jalan SS 25/12, di Petaling Jaya, jam 2.10 petang, 13 April lalu.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Kesavan memohon hukuman ringan selepas meminta maaf kepada mahkamah dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

"Saya tanggung isteri dan dua anak yang masih bersekolah, kehidupan susah serta perlu bayar pinjaman rumah," katanya.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah Fuad Mohamad Faiz, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

"Mahkamah perlu mengambil kira kekerapan kes curi itu dan keselamatan awam," katanya.

 

- kenapa ringan sangat hukuman??- 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Prosiding mahkamah dijalankan di sebuah hospital di Muar pada 4 Februari 2020 dengan dihadiri…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, kereta milik lelaki…