Pengasas bersama Honda, Takeo Fujisawa sertai Automotive Hall of Fame

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Soichiro Honda, tanpa beliau tiadalah jentera-jentera idaman para jejaka seluruh dunia yang pastinya menghiasi dunia permotoran, dengan kehadiran model-model ikonik seperti Civic, City dan Accord.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tahukah anda? Kejayaan Soichiro Honda bukan semata-mata usahanya seorang, Takeo Fujisawa, yang merupakan pengasas bersama Honda telah membantu mencapai kebanyakan kejayaan besar Honda, terutama di pasaran US.

Fujisawa dilahirkan pada 10 November 1910. Sebelum bertemu Soichiro, dia ingin menjadi seorang guru, tetapi akhirnya bekerja sebagai jurujual untuk syarikat produk keluli dan kemudian syarikat kayu sebelum menyertai Honda.

Fujisawa bekerja bersama Soichiro sehingga Mac 1973, apabila pasangan itu bersara bersama. Beliau meninggal dunia pada 30 Disember 1988 pada usia 78 tahun.

 

2

 

Penglibatan Takeo Fujisawa sejurus selepas Honda menubuhkan syarikatnya, di mana beliau telah menjadi tangan kanan Soichiro dan membantu Honda mencapai kejayaan besar selama hampir 25 tahun.

Hasil usaha dan kejayaannya membawa syarikat Honda ke peringkat tertinggi, Fujisawa pada minggu lepas telah dilantik ke dalam Automotive Hall of Fame.

Fujisawa bertemu dengan Soichiro pada Ogos 1949, setahun selepas Soichiro menubuhkan syarikatnya dan sejurus selepas pelancaran motosikal Dream D-Type Honda.

Fujisawa mula menyertai syarikat itu menjelang Oktober 1949, di mana beliau menjalankan bahagian perniagaan, seperti jualan, kewangan dan pemasaran.

 

3

 

Manakala Soichiro pula menumpukan pada reka bentuk produk, teknologi dan operasi pembuatan.

Fujisawa memainkan peranan penting dalam membawa Honda ke Amerika sebelum ia mula mengeluarkan kereta.

Pada tahun 1959, apabila syarikat itu meneroka idea pengembangan, Fujisawa ingin menubuhkan Honda Amerika.

Pada masa itu, beliau berkata, "Untuk berjaya di US adalah untuk berjaya di seluruh dunia," sambil menyatakan, "Untuk menyahut cabaran pasaran US mungkin merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan."

 

3

 

Berkat kepakaran perniagaan Fujisawa, Honda menjadi jenama motosikal terlaris di US menjelang pertengahan 1960-an.

Beliau telah membantu mewujudkan rangkaian pengedar bebas syarikat, bekerja dengan peniaga kecil dan juga peniaga kali pertama, dan berjaya mengembangkan operasinya di seluruh negara.

Fujisawa juga mengambil bahagian dalam mewujudkan syarikat R&D bebas Honda pada tahun 1960.

Usaha Fujisawa membolehkan jurutera Honda untuk mereka bekerja bebas dari sebarang gangguan yang membolehkan mereka memberi tumpuan kepada inovasi.

 

4

 

Hasilnya, wujud satu program penyelidikan pesawat yang dilakukan secara rahsia pada 1980-an, lalu meluaskan sayap honda ke udara dengan pengenalan HondaJet, dengan model pertamanya Elite II.

Fujisawa telah dilantik ke dalam Automotive Hall of Fame pada hari Khamis, 20 Julai, di The Fillmore Detroit.

Pengerusi Honda Motor Co. Seiji Kuraishi telah menerima penghormatan itu bagi pihak keluarga Fujisawa.

Pada tahun 1989 pula, Soichiro Honda ialah eksekutif automotif Jepun pertama yang telah dilantik ke dalam Automotive Hall of Fame.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…