Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, pengecas dari JomCharge, Gentari dan chargEV kini boleh diakses melalui satu aplikasi pilihan yang disepadukan.

Pengguna kini boleh menggunakan mana-mana pengecas dari tiga syarikat tersebut melalui salah satu aplikasi mereka, sekaligus memudahkan urusan pengecasan.
Lebih 600 titik pengecas dari tiga syarikat tersebut kini boleh diakses dengan mudah, tanpa perlu memuat turun aplikasi berbeza yang akan menyukarkan penguna.