Pengedar kereta terpakai kantoi menipu mileage

oleh DIANA ISMADI|

Pengedar kereta terpakai, Mazin Alkiat, syarikat WA Auto, Maddington, Perth telah disaman sebanyak $30,000 (RM128,325) kerana didapati bersalah menipu pembeli (pengedar yang lain) dengan mengubah angka odometer kepada angka yang lebih kecil.

 

Untuk mendapatkan keuntungan, Alkiat telah mengubah bacaan perbatuan "mileage" pada kereta yang hendak dijual dengan mengurangkan jumlah kilometer perjalanan untuk menjual kenderaan tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

 

Empat kenderaan yang terlibat dalam kes penipuan ini;

1. Mitsubishi Triton tahun 2006 dengan perbatuan (307,235 km) telah dijual dengan perbatuan 160,211 km pada Mei 2016.

 

2. Nissan Navara tahun 2007 dengan perbatuan (203,145 km) telah dijual dengan perbatuan 145,604 km pada Julai 2016.

 

3. Toyota Camry tahun 2006 dengan perbatuan (166,233 km) dijual dengan perbatuan 131,277 km pada Oktober 2016.

 

4. Nissan Navara tahun 20017 dengan perbatuan (217,375 km) dijual dengan perbatuan (167,506 km) pada Oktober 2016.

 

Dua lesen perniagaan Alkiat kini sedang disemak semula oleh Jabatan Perlindungan Pengguna.

 

Pemangku Komisioner, Jabatan Perlindungan Pengguna, David Hillyard berkata, Alkiat telah memperdaya dan menipu pembeli dengan mengubah bacaan meter perbatuan (mileage).

 

“Perbuatan ini merupakan penipuan yang menyalahi undang-undang dan mengambil kesempatan terhadap pembeli. Kami tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan seperti ini" kata David.

 

Terdapat pelbagai cara untuk mengesan sejarah yang betul mengenai sesebuah kenderaan. Sesiapa yang terlibat dengan penipuan seperti ini pastinya akan dapat dikesan dan diambil tindakan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohd Zulikram Shamsidi, seorang jurutera bersama isterinya Nor Saidatul Wanida Mohd Hazani…
Berita Global
Masalah ini walaubagaimanapun tidak memberikan kesan yang ketara kepada pengeluar kenderaan mewah,…
Berita Domestik
GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam…