Pengeluar China berdepan perang harga EV berterusan untuk tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2024 bakal menyaksikan perang harga berterusan yang bakal memberikan tekanan kepada lebih 200 pengeluar kereta elektrik (EV) di China, lapor Nikkei Asia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut Liu Luochuan, pengarah pusat penyelidikan pembangunan strategik di Dongfeng Motor memberitahu laman Chaixin, tahun baharu ini akan menentukan siapa yang akan menjadi pemenang, siapa yang kalah, siapa yang akan bertahan dan siapa yang akan berkubur.
 

CC


Persatuan pengeluar menjangkakan pertumbuhan jualan yang perlahan kepada 3 peratus pada tahun 2024, manakala pasaran domestik pula kekal terkunci dalam persaingan yang sengit.

Keadaan itu mungkin akan menyebabkan beberapa pengeluar tersingkir daripada medan perang pada tahun 2025 dan 2026.

Jelas Liu lagi, tatkala peralihan industri terhadap kenderaan elektrik dan kereta pintar berkembang pesat, kebanyakan pengeluar masih tidak mempunyai skala yang mencukupi untuk melepasi titik pulang modal.
 

EV


"Hanya pengeluar yang menghasilkan sekurang-kurangnya 500,000 unit kenderaan tenaga baharu (NEV, termasuk EV dan plug-in hybrid) mampu untuk memperoleh keuntungan. Selebihnya perlu meneruskan perjuangan untuk terus hidup," ujarnya.

Perang harga bermula di China selepas subsidi yang diperkenalkan sejak 2009 itu tamat pada akhir tahun 2022.

Untuk tempoh tiga tahun terdahulu, jualan NEV meningkat daripada 1.37 juta unit tahun 2020 kepada 6.89 juta unit pada tahun 2022.
 

ev


Awal tahun 2023, Tesla memulakan kempen perang harga EV di China, di mana langkah tersebut kemudian diikuti oleh kebanyakan pesaing di dalam pasaran.

Disebabkan itu, angka jualan NEV di China melonjak 36.7 peratus kepada 8.3 juta unit sepanjang Januari hingga November, atau 30.8 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan sebanyak 26.89 juta unit.

Pengasas dan CEO Li Auto, Li Xiang meramalkan hanya lima pengeluar utama NEV di China akan kekal bertahan, termasuklah Tesla, BYD dan Huawei.

Berita penuh: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap pada Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Ke-15, Summer Davos, Zeng menyertai paduan suara baru-…
Berita Global
17.6 peratus kekayaan Chuanfu diperoleh daripada pegangan peribadinya dalam BYD, di mana sahamnya…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, Tesla menurunkan harga untuk varian Long Range dan Performance Model Y…