Pengguna 16-20 tahun hanya boleh guna motosikal selaju 60 kmsj

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan disarankan untuk melaksanakan undang-undang lesen menunggang motosikal berdasarkan usia penunggang bagi mengurangkan kadar kematian pengguna jalanraya golongan muda.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan JalanRaya Malaysia (MIROS), Shahrim Tamrin berkata undang-undang baharu ini akan membuat pengkelasan berdasarkan kesesuaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau menegaskan kadar kematian yang membabitkan penunggang motosikal mencapai kadar tinggi sehingga 66 peratus dari jumlah kesemua kemalangan maut tahun 2018 sangat membimbangkan.

Shahrim memberi contoh mereka yang berusia antara 16 hingga 20 tahun perlu menunggang motosikal berkapasiti rendah atau motosikal elektrik pada kadar kelajuan maksimum 60 kmsj.

" Bila sudah mencapai usia yang ditetapkan, penunggang baru dibenarkan untuk menggunakan motosikal yang lebih bertenaga, sesuai dengan kecekapan dan kelayakan mereka," ujarnya.

Shahrim berkata demikian ketika Forum Keselamatan Penunggang Motosikal (MOTOSAFE III) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kelmarin.

Beliau turut menggesa pengeluar motosikal menghentikan promosi yang menekankan kelajuan atau pecutan apabila menjual produk mereka kerana motosikal kecil hanyalah bertujuan sebagai kemudahan pengangkutan.

Data kemalangan dari pihak Polis Diraja Malaysia menunjukkan kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal berada di tahap yang membahayakan.

Pulau Pinang menjadi negeri tertinggi dengan 81 peratus jumlah kemalangan maut membabitkan pengguna motosikal. Ia diikuti oleh Kedah pada 75 peratus, Perlis pada 73 peratus dan Perak pada 67 peratus.


* Laporan diambil dari Berita Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…