Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki yang ketakutan ketika cuba disamun tiga penjenayah, nekad memecut kenderaan untuk melarikan diri sebelum terlanggar seorang daripada mereka sehingga mati.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.39 pagi tadi ketika lelaki terbabit berada di dalam keretanya di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah, sebelum tiba-tiba didatangi tiga suspek yang menaiki dua motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek memukul cermin hadapan kereta pengadu menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

"Disebabkan takut, pengadu memecut keretanya dan sewaktu cuba melepaskan diri dia terlanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

"Suspek berusia 29 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua rakannya melarikan diri," katanya.

Ahmad Shukri berkata, usaha mengesan saksi dan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.

"Untuk tujuan penyiasatan, dua kertas siasatan dibuka serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap pengadu dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan terhadap dua suspek yang masih bebas," katanya.

- sebagai langkah berjaga-jaga, disarankan setiap kenderaan dipasang 'dashcam''/kamera papan pemuka, mudah untuk membuktikan apa saja yang berlaku di jalan raya. -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Astro Awani melaporkan bahawa Nur Sophia Jesmine Hasmin, berusia 25 tahun, sepatutnya menaiki…
Berita Domestik
  "Modus operandi suspek ialah melakukan samun secara bersendirian dengan bersenjatakan sebilah…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dengan tumpasnya…