Penggunaan e-skuter Beam semakin meningkat di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat perkhidmatan mobiliti mikro, Beam Mobility Malaysia terus mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di Malaysia dengan membantu rakyat Malaysia melengkapkan perjalanan ke arah lokasi transit awam utama di seluruh bandar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Memanfaatkan saiz e-skuter yang mudah diakses, lebih ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya jarak di kawasan bandar yang menghubungkan ke suatu tempat, seperti pusat komersial dan stesen transit awam.

Dengan bantuan dan komitmen daripada kerajaan, Beam Mobility pada tahun 2022 dapat menyediakan lebih banyak e-skutermya di tempat orang ramai, seperti transit, pusat komersial dan kawasan kejiranan kediaman di seluruh negara.

Pencapaian itu menghasilkan lebih 1 juta perjalanan dengan e-skuter Beam pada 2022, dengan lebih 93 ribu perjalanan dibawa terus ke transit awam di seluruh negara.

 

2

 

Antara stesen yang paling popular ialah stesen LRT Ara Damansara dan Bukit Jalil, yang mencatatkan purata 1,607 dan 1,445 tunggangan.

Perhentian bas juga menjadi lokasi popular untuk penunggang Beam, dimana perhentian bas The Arc di Cyberjaya terus membantu lebih daripada 370 pengguna Beam, setiap bulan.

Semenjak laluan MRT2 Putrajaya dibuka, Beam mengembangkan lagi sayap dengan menyediakan sejumlah e-skuternya di semua stesen diantara Metro Prima dan Tun Razak Exchange (TRX).

Perkembangan itu menggalakkan lagi orang ramai untuk bergerak ke bandar-bandar utama menggunakan pengangkutan awam.

 

3

 

Baru-baru ini juga, Beam Mobility Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia bagi menyediakan e-skuter Beam untuk digunakan di seluruh negara.

Bukan sahaja memfokuskan pada pengoperasian di bandar utama seluruh Malaysia, ia turut menawarkan perkhidmatan kepada beberapa universiti tempatan sebagai usaha untuk menggalakkan perjalanan bebas kereta bagi generasi muda.

Sejak diperkenalkan ke universiti-universiti tersebut, pelajar dan ahli fakulti sama-sama telah menunjukkan kesungguhan kolektif untuk menggunakan e-skuter sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka.

 

4

 

Pada suku pertama 2023, Beam mencatatkan sejumlah 51,634 perjalanan, dengan purata 17,211 perjalanan dibuat pada e-skuter setiap satu bulan di kampus universiti Malaysia.

Dengan purata jarak perjalanan 1.5 kilometer, ia diterjemahkan kepada jumlah jarak 70,424km, atau kira-kira 23,000 kilometer.

Angka tersebut menunjukkan tanda-tanda yang menggalakkan untuk Universiti dan pelajar, dimana ia menghasilkan pengurangan drastik dalam pelepasan karbon sebanyak lebih 6,000kg/CO2 sebulan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia dilihat sebagai pengenalan kaedah bagi mempunyai potensi untuk mereka bentuk semula sepenuhnya…
Berita Domestik
Beam menyatakan perasaan lega kerana tiada orang yang tercedera dalam kejadian itu, dan mereka akan…
Berita Domestik
Perjalanan sepanjang Ramadhan kini lebih mudah dengan memanfaatkan kelebihan e-skuter Beam yang…