Laporan J.D Power yang ditulis oleh Tim Dunne, Pengarah Analisis Industri Automotif menyentuh isu peralihan kepada kenderaan pandu sendiri (autonomous vehicle).
Antara sebab mengapa syarikat pengendali e-hailing beralih arah adalah kos. Pihak syarikat perlu membayar sejumlah wang imbuhan kepada para pemandu mengikut trip. Jadi, daripada mengambil langkah yang kurang enak seperti mengurangkan jumlah bayaran imbuhan, penggunaan kereta autonomous ini dilihat wajar.
Namun, adakah pilihan itu pilihan yang tepat pada masanya?
Jika dilihat pada sudut mata kasar, ia mampu mengelakkan masalah di atas. Namun timbul isu lain melibatkan penyelenggaraan barisan kereta, penjagaan dan keselamatan sekiranya kereta itu tidak digunakan.
Siapakah yang mampu menggalas tugasan itu sekiranya tiada pemandu khusus menjaga hal ehwal kereta tersebut?
Syarikat penyelia e-hailing mungkin boleh mengambil konsep franchise untuk industri ini. Kerjasama tiga penjuru antara syarikat pengeluar, syarikat pengendali dan syarikat selia-senggara kenderaan dilihat boleh menjadi kenyataan. Ada sebab kenapa sesetengah industri lebih senang mengamalkan idea franchise ini bagi menjalankan bisnes mereka.
Sekadar "menyingkirkan" fungsi individu pemandu di dalam e-hailing tidak menjadikan ia satu perkara yang mendatangkan keuntungan. Hal ini memerlukan perancangan dan pemikiran yang lebih mendalam sebelum menjadikan penggunaan kereta tanpa pemandu suatu perkara yang menguntungkan.
Penulis: Muhamad Hanif
*Artikel ini diterjemah daripada laporan oleh Tim Dunne, Pengarah Analisis Industri Automotif di J.D. Power. Artikel asal bertajuk: Ride-Hailing Firms: Will Automated Vehicles Make Them Profitable, or Will They Create Other Challenges?