Penggunaan minyak Ford Maverick Hybrid hanya 15.7km/l!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Maverick Hybrid
Ford Maverick Hybrid
Persaingan segmen pikap sememangnya sengit dan dua jenama yang mendominasi pasaran ialah Ford dan Toyota.

Ford hebat dengan pikap F-150 dan mendominasi jualan di Amerika Syarikat untuk satu tempoh yang cukup lama.

Toyota pula dengan Hilux yang terkenal di peringkat antarabangsa dan menjuarai takhta jualan di Australia selama bertahun-tahun.

F-150 sebenarnya bukan saingan Hilux dan lawan setara pikap Jepun itu ialah Ford Ranger.

Dari segi teknologi, Ford nampaknya lebih ke hadapan berbanding pesaing lain. Sebagai contoh Ford memperkenalkan F-150 Hybrid pada Jun 2020.

Melangkah lebih jauh apabila Ford memperkenalkan pula pikap Maverick Hybrid pada Jun 2021. Menariknya Maverick hadir dalam bentuk unibody.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Maverick Hybrid

 

Entah kenapa pengeluar Jepun tidak gemar untuk menawarkan pikap unibody kepada pengguna. Mujur juga Honda menawarkan Ridgeline namun terhad kepada beberapa pasaran sahaja.

Memandangkan Maverick menggunakan trenkuasa hibrid benarkah ianya menjimatkan?

Ford baru-baru ini mengumumkan kadar penggunaan minyak Maverick Hybrid iaitu 37 batu per gelen (miles per gallon/mpg) atau bersamaan 15.7 km/l.

Kadar itu berdasarkan anggaran EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat) untuk pemanduan gabungan lebuh raya dan bandar (combined).

Pemanduan di bandar ialah 42 mpg (17.85 km/l) manakala lebuh raya 33 mpg (14.0 km/l). 

Setangki minyak 13.8 gelen (62.7 liter) pula boleh dipandu lebih dari 500 batu (804 km) bagi gabungan lebuh raya dan bandar (combined).

Dengan kadar tersebut, boleh disimpulkan Ford Maverick Hybrid sememangnya menjimatkan.  

 

Ford Maverick Hybrid

 

Semestinya kadar penggunaan minyak bergantung kepada pelbagai keadaan dan dapatan ini boleh dijadikan panduan.

Maverick Hybrid digerakkan enjin 2.5 liter kitaran Atkinson dan menariknya dipadan bersama transmisi CVT.

Pernah dengar pikap guna CVT? Maverick memang hebat!

Saiz bateri lithium-ion sejukan cecair adalah sebesar beg bimbit dan diletakkan di bawah kerusi baris kedua. Lokasi itu bermakna bateri tidak 'memakan' ruang barangan atau bed belakang.

Dari segi dimensi, Maverick mempunyai ukuran panjang 5,072 mm dan tinggi 1,745 mm dan lebih rendah dan pendek berbanding Ranger.

Dengan teknologi hibrid pada sebuah pikap dan bentuk unibody bagaimana sambutannya?

 

Ford Maverick Hybrid

 

Ford memaklumkan kesemua unit pengeluaran Maverick Hybrid model 2022 dijangka habis ditempah pada awal November 2021.

Selepas kesemuanya ditempah, pesanan Maverick Hybrid ditutup dan hanya akan dibuka semula pada musim panas depan (bermula Jun 2022).

Jika tidak kisah, pelanggan masih boleh menempah Maverick dengan enjin  2.0 liter EcoBoost.

Begitulah penangan Maverick Hybrid dan pengeluar lain bila lagi?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…