Penghantar makanan kecewa kadar bayaran semakin berkurang

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada Jumaat yang lepas bertempat di Jalan Chan Sow Lin, sekumpulan perkerja penghantar makanan bermotosikal yang terdiri dari lebih 100 orang telah menghantar memorandum kepada syarikat terbabit
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Menurut laporan Sinar Harian, ianya berikutan kekecewaan yang diluahkan, akibat dari kadar bayaran diterima mereka tidak sepadan dengan kadar kerja yang harus dilakukan.

Penghantar makanan bermotosikal mendakwa, semenjak pembesaran zon kawasan bekerja dilaksanakan syarikat terbabit, kadar bayaran yang diterima mereka semakin berkurang sekaligus menjejaskan pendapatan bulanan mereka.

Salah seorang penghantar yang dikenali sebagai Hazim, 20, berkata isu tersebut timbul apabila mereka perlu menghantar makanan ke lokasi lebih jauh berbanding sebelum ini dengan kadar bayaran yang tidak sepadan.

Hazim berkata, "Bayangkan makanan diambil dari restoran di Petaling Jaya dan perlu dihantar ke Pelabuhan Klang dengan kadar bayaran sekitar RM7 sahaja."

 

2

 

"Kadar bayaran yang tak setimpal ditambah dengan lokasi jauh sekaligus memberikan kesan dari segi kos kepada penghantar makanan."

Menurutnya, mereka tidak kisah sekiranya perlu menghantar ke lokasi yang lebih jauh asalkan bayarannya sepadan, memandangkan banyak aspek perlu diambil kira seperti kos minyak, penyelenggaraan motosikal dan sebagainya.

Sementara itu, Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Bryan Ng yang turut hadir semasa penyerahan memorandum tersebut turut berkata,

"Setakat ini, maklum balas yang diterima positif dan dimaklumkan pihak syarikat terbabit akan meneliti isu berkaitan persempadanan zon yang diperluaskan dan upah diterima penghantar makanan."

"Kita turut mengemukakan agar satu insentif kepada penghantar makanan diperkenalkan bagi mengurangkan beban yang perlu ditanggung mereka".

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Izzat, beliau dalam perjalanan menghantar pesanan makanan pada jam 11 pagi dan tidak…
Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…