Pengimbas cap jari, muka sebagai kunci kenderaan kini sedang dibangunkan Synaptics

oleh Mohamad Hanif|
Kunci fizikal pada masa kini semakin canggih berevolusi dengan peredaran zaman ditambah dengan pelbagai fungsi yang telah dimuatkan ke dalam sebuah peranti mini yang tidak lagi dilihat sebagai kunci semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, teknologi akses tanpa kunci ini walaupun dilihat menyenangkan, ia tidak begitu selamat memandangkan sudah beberapa kes dilaporkan kenderaan dimasuki pencuri dengan hanya beberapa langkah mudah, menerusi pembelian peranti pembaca isyarat di pasaran gelap. 

Bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berulang, syarikat Synaptics di Silicon Valley kini sedang membangunkan teknologi pengimbas cap jari, pengecaman muka dan pengimbas retina supaya ia kini boleh dimuatkan ke dalam kenderaan pada masa akan datang, menurut laporan daripada Detroit Free Press.

Memandangkan teknologi ini sudah tersedia pada peranti telefon pintar zaman sekarang, maka tidak mustahil ia bakal menggantikan penggunaan kunci fizikal pada masa kini dan memudahkan para pemilik membuka dan mengunci semula kenderaan mereka menggunakan panca-indera. 
 


Pun begitu menurut Godfrey Cheng, naib presiden Synaptics, kunci fizikal tidak akan dimansuhkan fungsi sepenuhnya dan mereka akan menggandingkan kedua-dua fungsi kunci dan cap jari menjadikan sistem keselamatan lebih menyeluruh. 

Synaptic juga membangunkan sistem ini khusus menggunakan data geolokasi dan akses berasaskan masa yang mana pemilik kenderaan mampu menghadkan akses kepada pengguna lain (ataupun anak sendiri) yang ingin menggunakan kenderaan mereka. 

Pengguna juga boleh menetapkan beberapa akses bersifat peribadi seperti pemilihan muzik ketika sedang memandu dan kedudukan tempat duduk menerusi satu sentuhan mudah. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan trend yang ditunjukkan oleh syarikat automotif semasa, tidak mustahil perkara yang…
Berita Global
Menurut Hyundai, lokasi pengesan cap jari ini akan diletakkan pada dua tempat, iaitu pada pemegang…