Penguasaan EV China gugat pegangan syarikat Jepun di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Sejak bertahun-tahun, syarikat Jepun telah mendominasi pasaran negara jiran Thailand, namun keadaan tersebut bakal berubah dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana syarikat Siam Motors kini sedang mencari peluang dengan beberapa syarikat automotif China untuk kerjasama berpotensi, terutamanya berkaitan kenderaan elektrik mewah.

Menurut naib presiden Siam Motors Sebastien Dupuy dalam satu temubual berkata, "EV akan menjadi satu poket pertumbuhan yang bagus. Terdapat pasaran yang sedang berkembang, dan kami mahu mencapai pertumbuhan tersebut.

Kedudukan Siam Motors mencerminkan perubahan pantas di Thailand, di mana pelaburan syarikat China bernilai $1.44 bilion sejak 2022 (termasuk BYD dan GWM) telah membuka peluang baharu untuk pasaran yang selama ini didominasi pengeluar Jepun sejak berdekad.

Tahun lepas, China memintas Jepun sebagai pelabur asing utama di Thailand yang dirangsang oleh pelaburan BYD yang mahu membuka kilang baharu yang akan beroperasi pada 2024.
 

NETA


Bukan itu sahaja, jumlah jualan EV dalam pasaran juga meningkat kepada lebih enam peratus untuk tempoh Januari-April tahun ini kepada 18,481 unit, berbanding 1 peratus daripada hampir 850,000 unit kenderaan yang didaftarkan tahun lepas.

Lebih daripada 7,300 EV yang terjual terdiri daripada BYD, diikuti dengan EV jenama SAIC, Hozon dan Tesla.

Hanya 11 unit EV yang baharu didaftarkan untuk tempoh yang sama datangnya daripada Toyota, jenama yang dominan di pasaran tersebut.

Dalam pada itu, Hajime Yamamoto, prinsipal Nomura Research Institute menjelaskan jenama China mampu menarik sekurang-kurangnya 15 peratus pegangan pasaran daripada Jepun menjelang dekad seterusnya dengan menawarkan EV yang berpatutan.

"Syarikat Jepun hanya mampu menyasarkan sebilangan daripada segmen premium," ujarnya.

Menjelang 2030, Thailand menyasarkan 30 peratus daripada jumlah produksi tahunan sebanyak 2.5 juta kenderaan terdiri daripada EV, dengan cita-cita mahu menjadi hab pengeluaran EV serantau utama.

Berita penuh: Japan Times

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…