Peniaga emas di Kelantan 'buru' nombor plat GOLD 916, GOLD 999

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Peniaga kedai emas di negeri ini sedia membida nombor plat kenderaan 'GOLD' terutama 916 dan 999 yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata peniaga emas di negeri ini begitu teruja sejurus mendapat tahu tentang pelancaran nombor plat berkenaan.

Pengarah Urusan MZ Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha berkata, kedua-dua nombor plat itu GOLD 916 dan GOLD 999 pasti menjadi buruan kerana ia cukup dekat dengan pemain industri ini.

"Kalau dapat memilikinya ia pasti satu kepuasan buat peniaga emas seperti saya.

"916 dan 999 membawa maksud kepada emas tulen dan berkualiti yang berada di pasaran ketika ini," katanya.

Menurut beliau, MZ Gold bercadang untuk membeli lima plat ini untuk dihadiahkan kepada pekerja cemerlang.

Beliau yakin hadiah itu mampu menjadi pemangkin kepada para pekerja untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada syarikat.

Sementara itu, pengusaha emas, Ummi Habibah Mohd Shaari berkata, dia turut memasang impian untuk memiliki nombor plat GOLD.

Menurutnya, ketika ini dia mencari nombor terbaik untuk dibida dan menjadi pemilik kepada GOLD.

"Nak beli plat yang mahal-mahal mungkin dah jadi rebutan. Jadi kita cari yang terbaik sahaja," katanya.

pada Selasa melaporkan, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memperkenal siri istimewa nombor pendaftaran “GOLD” sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Ke-50.

Anthony berkata, tempahan nombor pendaftaran istimewa itu boleh dibuat dalam sistem JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Februari.

Katanya, langkah berkenaan membolehkan kementerian itu melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian topi keledar kepada penunggang motosikal dan sumbangan kepada PERKESO bagi pemandu teksi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Pada pertemuan itu,…
Berita Domestik
Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman, 43, berkata, sememangnya nombor…