Penunggang motosikal langgar lubang maut digilis treler

oleh Penyumbang Rencana|
eorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh dan digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, di Klang pada Sabtu.

Kejadian itu difahamkan, mangsa Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37, dalam perjalanan dari Shah Alam ke tempat kerjanya di Pelabuhan Utara, Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya dimaklumkan kes terbabit kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda RS 150R telah terlanggar lubang sebelum tercampak dan digilis treler yang membawa muatan tiang batu dari arah sama.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

"Mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107.

- Salam takziah kepada keluarga mangsa,-

- tapi KKR kata banyak lubang di jalan raya telah berjaya ditampal semula, artikel tersebut telah kami naikan bulan penghujung bulan Oktober lalu, baca di sini -

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…