Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, di Bayan Lepas, pada petang Khamis.

Mangsa yang juga seorang lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan Lepas.

Menurut sumber Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya , pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada jam 5.59 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Apabila melalui jejambat di situ, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan menyebabkan mangsa telah tercampak ke bawah jejambat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari APM Daerah Barat Daya membantu mengangkat mangsa .

Katanya, mangsa jatuh dari ketinggian bangunan tiga tingkat iaitu kira-kira 30 meter.

"Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri dan dilaporkan telah meninggal dunia di hospital," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Informasi
Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja pemasangan rasuk…
Berita Global
  “Kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin, pesawat Batik Air itu telah pun berhenti sepenuhnya. Namun…