Laluan jejantas SMK Pengkalan Permatang ditutup sementara

oleh Penyumbang Rencana|
Laluan di kawasan jejantas pejalan kaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, Tanjong Karang di sini, yang merekah akan ditutup bermula malam Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja pemasangan rasuk jejantas tersebut.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor berkata, kerja memasang rasuk itu akan dijalankan pihaknya mulai 11.30 malam Khamis hingga 5.30 pagi Jumaat ini.

Katanya, pelaksanaan itu menyebabkan Laluan Persekutuan 5 Jalan Klang-Sabak Bernam di hadapan sekolah berkenaan akan ditutup sepenuhnya bagi semua jenis kenderaan.

“Penutupan ini akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya pada tempoh tersebut. Bagi pemandu kenderaan berat, mereka  boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Sungai Terap, Jalan Raja Musa dan Jalan Rawang 1.

“Kenderaan ringan pula diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Bukit Belimbing,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah jurucakap itu, semua pengguna diminta terus mematuhi papan tanda arahan yang disediakan JKR di lokasi berkenaan.

Pada 11 Januari tahun lalu, portal media telah melaporkan semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas di hadapan sekolah berkenaan yang didapati merekah.

Hasil pemeriksaan JKR mendapati berlaku rekahan pada struktur rasuk jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Informasi
"PLUS menasihatkan pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai supaya merancang…