Penuntut kolej kejururawatan maut dirempuh pelajar tiada lesen memandu, langgar lampu merah

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh seorang lagi penunggang motosikal di KM75, Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam, Isnin lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul  3.45 petang itu melibatkan Nijha Ilhany, 21, yang menunggang motosikal Suzuki dan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Rahman Andak, Muhammad Azrul Hakimi, 16, yang menunggang motosikal Modenas Kriss.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Ayer Hitam, manakala Muhammad Azrul datang dari arah bertentangan.

“Ketika membelok masuk ke Pasaraya Econsave, secara tiba Muhammad Azrul yang datang dari hadapan terus merempuh motosikal dinaiki mangsa menyebabkan mereka berdua terpelanting dari kenderaan masing-masing.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang datang untuk memberikan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Semakan mendapati Muhammad Azrul tidak mempunyai lesen selain melanggar isyarat lampu merah sebelum melanggar mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat, manakala Mohammad Azrul yang turut mengalami kecederaan parah di kepala kini dirawat di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan penjaga Muhammad Azrul juga akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Sumber: UTUSAN

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal…
Berita Domestik
  Menurutnya, turut ditahan, ibu kepada pelajar sekolah yang memandu kenderaan berkenaan. "Pada…
Berita Global
Di Eropah, pembeli (terutama golongan penuntut kolej) kini boleh mendapatkan skuter elektrik Honda…