Peragut 'serang' Bugatti Chiron £3 juta untuk ragut jam tangan Rolex £110K (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Dua peragut bersenjata cuba memecah cermin sebuah kereta Bugatti milik seorang jutawan Kuwait di pusat bandar London untuk mencuri seutas jam tangan Rolex berharga £110,000 (RM583,211), lapor akhbar The Sun kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta mewahnya yang berharga £3 juta (RM15.9 juta) apabila dia dihimpit oleh seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba.

 

Pencuri tersebut cuba memecahkan tingkap supercar berwarna hitam itu sambil diperhatikan oleh seorang lagi rakan subahatnya yang menunggang motosikal berasingan.

 

Sasaran mereka dipercayai adalah jam tangan Platinum Rolex Daytona, yang berharga lebih £110,000 (RM583,211).

 

Menurut saksi, Abdullah menetap di Hotel Berkeley, di mana dua pencuri berkenaan dilihat mengekorinya dari hotel tersebut.

 

“Dua pencuri tersebut berada di luar hotel pagi ini dan kakitangan mengarahkan mereka agar berlalu dari laluan kereta di hadapan lobi.

 

“Apabila Abdullah menaiki kereta Bugatti miliknya dan berlalu dari hotel tersebut, dua penjenayah itu mengekorinya sehingga ke Hyde Park Corner. Salah seorang daripada mereka membunyikan hon, dipercayai sebagai isyarat memulakan serangan.

 

“Saya mengandaikan mereka menanti sehingga tiba di simpang yang mempunyai lampu isyarat merah yang lama sebelum bertindak menyerangnya,” kata saksi tersebut.

 

Berdasarkan video rakaman, dua peragut itu dilihat menghimpit kereta Abdullah dan mengetuk cermin menggunakan tukul.

 

Jutawan dari Kuwait itu kemudian memecut kenderaannya, yang menyebabkan dua peragut terbabit gagal dalam ‘misi’ mereka.

 

Video di bawah:

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika hendak…
Berita Domestik
Sanggup berkonvoi menaiki Yamaha Y15ZR sejauh lebih 100 kilometer dari Klang ke Muar untuk meragut…