Pereka lagenda Itali, Marcello Gandini meninggal dunia pada usia 85 tahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pereka lagenda yang bertanggungjawab untuk penghasilan pelbagai kereta ikonik Itali, Marcello Gandini dilapor telah meninggal dunia pada usia 85 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia bertanggungjawab untuk mereka bentuk model seperti Miura, Countach dan Diablo.

Beliau juga merupakan pereka di sebalik beberapa model ikonik seperti Lancia Stratos, Bugatti EB110 dan Fiat X1/9.

 

2

 

Pereka kelahiran Turin Itali itu menghasilkan reka bentuknya yang paling terkenal semasa bekerja untuk Bertone dari pertengahan 1960-an hingga 1980.

Sepanjang tempoh itu, beliau membantu mewujudkan pelbagai kereta ikonik seperti Alfa Romeo Montreal, Maserati Khamsin, Volkswagen Polo, dan Ferrari 308 GT4.

Gandini kemudiannya berpisah dengan Bertone dan bekerja secara bebas dengan pembuat kereta seperti Citroën untuk membangunkan BX dan Renault yang popular dengan hatchback 5 Turbo.

 

3

 

Gandini kemudiannya berpisah dengan Bertone dan bekerja secara bebas dengan pembuat kereta seperti Citroën untuk membangunkan BX dan Renault yang popular dengan hatchback 5 Turbo.

Antara hasil kerja terkenal yang direka Gandini termasuklah BMW 5 Series, Lamborghini Espada, dan Cizeta-Moroder V16T.

Di penghujung kerjayanya Gandini turut berkhidmat untuk jenama besar dari India iaitu TaTa Motors, di mana beliau menghasilkan rekaan sebuah konsep sportscar, TaMo Racemo yang telah dipamerkan di Geneva Motor Show pada 2017.

 

Sumber: RaiNews

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…
Berita Global
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh rakannya di laman Facebook, dengan memetik kata-kata…
Berita Global
Namun, tahukah anda pereka asal Countach tidak pernah gembira dengan kelahiran Countach versi moden…