Perincian Toyota Fortuner 2021 facelift - dua varian, bermula dari RM172 ribu

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi model SUV Toyota Fortuner 2021 facelift di semua cawangan pengedar sah UMW Toyota Motor di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dijangka, kemaskini trenkuasa yang ditampilkan pada Toyota Hilux facelift tahun lalu turut dibawakan pada Toyota Fortuner, khusus untuk varian tertinggi.

Enjin 2.8 liter diesel turbo 1GD-FTV itu mampu menghasikan 204 PS dan 500 Nm (masuk antara putaran enjin 1,600 rpm - 2,800 rpm), terima kasih kepada perubahan kepada blok silinder, kepala gasket, serta shaft imbangan untuk mengurangkan gegaran dan kebisingan.

 


Sistem stereng berkuasa Variable Flow Control (VFC) ditala bagi memberikan respons pemanduan yang lebih natural, selain memperbaiki penjimatan bahan api dengan cara mengurangkan penggunaan tork oleh pam stereng.

Kuasa daripada enjin itu tadi disalurkan kepada sistem pacuan 4x4 sepenuh masa, selain dilengkapi Auto LSD bagi memastikan kadar cengkaman yang lebih baik terutama di dalam keadaan pemanduan yang sukar.

Sementara varian Fortuner 2.7 SRZ pula kekal dengan enjin 2TR-FTE yang menghasilkan 166 PS dan 245 Nm, di mana kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

 


Dari segi luaran, ia menampilkan perubahan bersifat kosmetik seperti contoh lampu utama quad LED rekaan gril mesh di tengah, serta penggayaan baharu pada lampu kabus, lampu isyarat dan lampu posisi.

Rekaan bampar depan dan belakang juga turut diberikan nafas baharu yang lebih segar, diikuti dengan pemasangan skid plate di bahagian hadapan.

Untuk varian 2.8 VRZ, kemasan warna hitam boleh dilihat pada bahagian bumbung, tiang A, cermin sisi, serta spoiler bumbung.

Sebagai pengakhiran, kedua-dua varian 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci dengan rekaan serba baharu.

 


Untuk ruang dalaman pula, Fortuner 2021 facelift ini hadir dengan tiga baris tempat duduk, dengan rekaan kemasan dan warna baharu, sistem pancahayaan ambien, lampu kabin LED, cermin pandang belakang elektrokromik, paparan Multi Info Display (MID) serta larasan tempat duduk hadapan berkuasa elektrik.

Dari segi keselamatan, Toyota Fortuner 2021 facelift ini hadir dengan kelengkapan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Laluan (LDA), Kawalan Pemanduan Radar Dinamik (DRCC) serta Yaw Assist Function.

Harga jualan untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Toyota Fortuner 2.8 VRZ 4x4 A/T — RM203,183.00
  • Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4x4 A'T — RM172,244.00

 


Setiap pembelian akan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada syarat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hanya dua varian sahaja ditawarkan, iaitu Fortuner 2.8 VRZ yang merupakan varian baharu…