“Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP.
“Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar.
“Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap biadap, mencabar, memaki hamun dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar,” katanya dalam satu temubual khas sempena Hari Polis Ke-213 di Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.
Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dan pihaknya tidak akan teragak-agak menahan individu yang melanggar perintah berkenaan.