Aidilfitri 2024 - PLUS aktifkan Smartlane di 18 lokasi kritikal seluruh negara

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan Smartlane di 18 lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya bagi membantu penyuraian kesesakan trafik yang dijangka sempena Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar berkata, ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan ia hanya akan diaktifkan pada waktu siang sahaja,” katanya.

“Selain itu, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Media Penambahbaikan SmartLane & Persediaan Operasi Lebuhraya PLUS Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Aidilfitri di Persada Plus pada Rabu.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintenden Khairul Azhar Ismail dan Pengarah Kanan JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan.

Jelasnya, papan tanda peringatan akan dipamerkan satu kilometer sebelum laluan bermula Smartlane dan 200 meter sebelum Smartlane di tamatkan.

“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian, penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.

Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” ujarnya.

gambar hiasan

Sementara itu, Khairul Azhar berkata, mana-mana individu tidak boleh menghalang kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan semasa Smartlane diaktifkan.

"Adalah satu kesalahan menghalang kenderaan lain menggunakan Smartlan yang telah diaktifkan dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat," katanya.

Info 18 lokasi PLUS Smartlane

KM108.0 Arah Selatan (Sg. Petani Selatan) – KM112.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Tikam Batu)

KM150.4 Arah Utara (Bukit Tambun Utara) – KM146.4 Arah Utara (Plaza Tol Juru)

KM155.5 Arah Selatan (Bandar Cassia – KM157.2 Arah Selatan (Hentian Sebelah Sg Bakap)

KM303.2 Arah Utara (Gua Tempurung) – KM297.0 Arah Utara (Gopeng)

KM367.3 Arah Utara (Slim River) – KM354.0 Arah Utara (Sungkai)

KM354.0 Arah Selatan (Sungkai) – KM356.0 Arah Selatan

KM439.5 Arah Utara (Kawasan Rehat & Rawat Rawang) – KM435.5 Arah Utara (Sg. Buaya)

KM437.1 Arah Selatan (Hentian Sebelah Rawang) – KM443.3 Arah Selatan (Persimpangan Rawang)

KM3.3 Arah Utara (Setia Alam) – KM9.0 Arah Utara (Shah Alam)

KM11.2 Arah Utara (Susur Keluar Petron, NKVE) – KM13.3 Arah Utara (Subang)

KM280.0 Arah Selatan (Nilai) – KM276.0 Arah Selatan (R&R Seremban)

KM6.1 Arah Utara (OBR USJ) – KM8.1 Arah Utara (Seafield)

KM260.0 Arah Utara (P. Dickson) -KM263.1 Arah Utara (Seremban)

KM194.5 Arah Selatan (Air Keroh) – KM184.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Kg. Bemban)

KM27.0 Arah Selatan (Kulai) – KM19.0 Arah Selatan (Senai)

KM19.0 Arah Utara (Senai) – KM27.0 Arah Utara (Kulai)

KM4.5 Arah Selatan (Dato Onn) – KM1.9 Arah Selatan (Pasir Gudang)

KM0.4 Arah Utara (Pandan) – KM6.0 Arah Utara (Kempas)

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata dengan penganjuran Persidangan…
Berita Domestik
Antara lokasi yang terpilih adalah seperti berikut;     Pada masa yang sama, PLUS juga sedang…
Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…