Tun Dr Mahathir ketika itu sedang cuba menerangkan isu e-hailing dan bagaimana ia boleh diselarikan dengan perkhidmatan teksi.
Menurut Pengerusi Perjiwa Malaysia, Zailani Isaisuludin, pihak persatuan telah memohon ampun dan maaf kepada Perdana Menteri dan berharap isu ini tidak akan diperbesarkan lagi.
Zailani juga memberitahi Astro Awani bahawa 10 orang pemandu teksi yang berkata kesat dan kemudian keluar dewan itu bukan ahli Perjiwa Malaysia.
"Saya pun tidak kenal mereka," ujar Zailani.
"Mungkin mereka diupah oleh pihak tertentu untuk membuat kacau pada majlis itu," sambungnya lagi.
Zailani berharap pihak berkenaan membuat permohonan secara rasmi minta maaf kepada Perdana Menteri.