Perkhidmatan bas Seremban-KL khusus buat wanita pada waktu puncak

oleh Mohamad Hanif|
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

gambar hiasan

Menurut laporan daripada Sinar Harian, pengusaha bas ekspress Terminal One Seremban telah mula memperkenalkan perkhidmatan bas untuk penumpang wanita untuk laluan Seremban - Kuala Lumpur sejak tiga bulan lalu. 

Perkhidmatan tersebut disediakan pada waktu puncak sahaja dari jam 5 pago sehingga 7 pagi, dan 5 petang sehingga 7 malam hari bekerja. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthonyl Loke Siew Fook, pihaknya ada menerima aduan daripada wanita yang terpaksa menaiki bas untuk bekerja, di mana mereka tidak selesa duduk bersebelahan penumpang lelaki sepanjang perjalanan. 

“Disebabkan itu, kita telah meminta semua pengusaha bas ekspres di Terminal One ini menyediakan trip perjalanan Seremban ke Kuala Lumpur untuk penumpang wanita sahaja, sebanyak empat kali pada waktu puncak.

Ketika ini, harga siling tambang sehala masih kekal pada RM6.50 seperti mana yang ditetapkan oleh APAD. 

Dalam pada itu, beliau juga turut memberikan amaran kepada mana-mana pengusaha yang menaikkan kadar tambang laluan Seremban - KL kepada RM7, termasuklah tindakan gantung lesen mungkin akan dikenakan. 

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kematian Muhammad…
Informasi
"Kami berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga…
Informasi
"Pada awal tahun ini, laluan yang telah dikenakan caj RM1 meliputi laluan 1 (hijau), 2 (ungu), 3 (…