Permintaan EV negara bakal pintas kenderaan enjin biasa

oleh HEZERI SAMSURI|
Permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) dijangka akan melebihi dari permintaan untuk kenderaan berenjin biasa (ICE) dalam masa 10 tahun ini.

Menurut laporan kajian peralihan tenaga Malaysia oleh BMI, anak syarikat Fitch Solutions, jualan EV dijangka akan naik empat kali ganda untuk tahun 2023 walaupun jangkaan penembusan jualan EV berbanding dengan jualan kenderaan biasa akan kekal kepada 1.8 persen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, BMI menjangkakan jualan EV untuk sektor industri pengangkutan akan menghadapi cabaran sukar kerana kekurangan model-model EV mampu dan prasarana pengecaj yang lembab berkembang.

Malaysia juga mahu penggunaan biodiesel B30 untuk pengangkutan darat menjelang 2030, seperti yang termaktub dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Walaupun Malaysia sudah mampu untuk menghasilkan bekalan bahan api bertapis (refined fuel) sendiri dengan kewujudan dua logi penapisan bahan api RAPID dan Tanjung Bin, data-data yang diterima menunjukan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang mengamalkan perdagangan bahan api dua hala dengan kadar import dan eksport bahan api bertapis dalam jumlah yang tinggi sejak 2021.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…