Permohonan skim galakan penggunaan motosikal elektrik akan dibuka 8 Disember - MITI

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi agensinya Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) akan melancarkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) bermula esok, 8 Disember 2023.

Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan pengguna beralih kepada motosikal elektrik.

Subsidi rebat RM2,400 yang akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2024 itu dijangka akan memanfaatkan 10,000 orang pengguna yang memiliki pendapatan tahunan di bawah RM120,000.

 


Menurut hantaran di laman media sosial Facebook MITI, permohonan skim galakan tersebut akan dibuka esok bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang akan berlangsung sehingga 10 Disember ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini menyediakan rebat sehingga RM2,400 dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang memiliki …
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…
Berita Domestik
Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian…