Belanjawan 2024: MARii sambut baik inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

oleh Penyumbang Rencana|
Tempoh hari, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan perkara itu disambut positif oleh Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), di mana subsidi rebat tunai motosikal EV ini akan memanfaatkan 10,000 orang pengguna motosikal EV yang pendapatan tahunannya di bawah RM120,000.

Penerima manfaat ini akan menikmati menikmati nilai rebat RM2,400 sehingga 31 Disember 2024, dan sebanyak RM24.1 juta diperuntukkan melalui perlaksanaan inisiatif tersebut.

 

2

 

Perkara ini disifatkan sebagai pemangkin bagi mengalakkan penerimaan dan permintaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik yang tidak hanya terhad kepada kereta sahaja.

MARii yakin ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV, sejajar dengan matlamat Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat dari segi keterangkuman terutama dalam pengunaan teknologi Baharu.

Perkara ini juga dapat menyumbang kepada sasaran karbon sifar negara menjelang 2050, selaras dengan aspirasi negara untuk matlamat mobiliti rendah karbon dan agenda mobiliti hijau seperti yang digariskan dalam NAP2020, dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) melalui Misi 3: Dorongan ke arah Karbon Sifar.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz mengalu-alukan Belanjawan 2024 tersebut dengan menyifatkan ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV.

Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan permintaan dan penggunaan motosikal elektrik selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15 peratus jumlah jualan motosikal EV menjelang tahun 2030.

Skim ini juga akan menggalakan penggunaan motosikal EV dan secara tidak langsung membina keyakinan masyarakat terhadap penggunaan motosikal EV di Malaysia.

 

4

 

Selain itu, MARii menyokong pembuatan dan pemasangan EV dan Kenderaan Autonomi (AV) di negara ini melalui ekosistem sedia ada yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pembuatan komponen penting.

Kesediaan infrastruktur, teknologi, bakat dan sokongan kerajaan serta industri sokongan yang mantap seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan pengeluar komponen dalam rangkaian pembuatan bateri EV merupakan penyumbang utama Malaysia sebagai hab bagi industri EV.

Usaha ini turut disokong melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan, Pusat Simulasi dan Analisis MARii, Pusat Prototaip Reka Bentuk dan Kejuruteraan MARii, dan Akademi Teknologi MARii yang berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ekosistem automotif Malaysia.

 

Penulis: Firdaus Razani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Hezeri Samsuri
Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada…
Berita Domestik
Perdana Menteri Kesepuluh Malaysia, dalam belanjawan yang diumumkan beliau semalam berkata…