Perodua Aruz dibuka untuk tempahan, harga jualan bermula dari RM72,200

oleh Mohamad Hanif|
Benarlah apa yang telah kami siarkan sebelum ini, Perodua Aruz, SUV tujuh tempat duduk daripada Perodua telah pun dibuka untuk tempahan bermula 3 Januari 2018, dengan harga tempahan sebanyak RM500 sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan perincian berkenaan Perodua Aruz

 

Enjin


Empat silinder sebaris 1.5 liter 2NR-VE, unit yang sama didapati pada Perodua Myvi, menghasilkan kuasa sekitar 104 PS dan daya kilas 136 Nm. 

 

Transmisi

Automatik empat nisbah kelajuan

 

Kadar penggunaan bahan api

Perodua Aruz mencatatkan bacaan penggunaan bahan api sekitar 15.6 km untuk setiap satu liter, melayakkannya menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV). 

 

Varian


Dua varian utama ditawarkan, iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima warna pilihan seperti Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan Amazon Green.

Varian 1.5 X menerima ciri seperti:

  • lampu utama LED
  • fungsi Follow-me-Home
  • rim aloi 17 inci
  • tempat duduk semi-bucket fabrik
  • corong pendingin hawa untuk baris belakang
  • alat pembaca tol terbina dalam
  • slot pengecasan USB
  • kamera undur
  • sistem hiburan skrin sentuh 
  • penghawa dingin digital dengan fungsi memori

manakala varian 1.5 AV pula hadir dengan kelengkapan tambahan seperti

  • lampu automatik
  • tempat duduk semi-bucket kulit
  • stereng kemasan kulit
  • rel bumbung
  • slot pengecasan USB dengan tambahan slot HDMI
  • alat perakam pemanduan bersepadu (DVR)


Ciri keselamatan


Perodua Aruz telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang di dalam ujian ASEAN NCAP, terima kasih kepada penawaran ciri yang standard untuk kedua-dua varian seperti:

  • enam buah beg udara
  • kawalan kestabilan kenderaan (VSC)
  • bantuan mula mendaki (HSA)
  • cagak ISOFIX

 

ASA 2.0

Sama seperti ASA yang terdapat pada Myvi di mana ia kini menerima penambahbaikan seperti

  • pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j
  • amaran pra-pelanggaran sehingga 100 km/j
  • amaran pergerakan kenderaan hadapan
  • kawalan kesilapan operasi pedal

 

Harga jualan tentatif


Menurut senarai harga yang telah diterbitkan, harga jualan atas jalan tanpa insurans bagi Perodua Aruz varian 1.5 X bermula dari RM72,200.00 manakala varian 1.5 AV pula bermula dari RM77,200.00 di Semenanjung Malaysia.

Selain daripada itu, Perodua juga turut menawarkan pakej aksesori berupa visor pintu, tray barang serta alas kaki GearUp dengan harga promosi bermula dari RM450 sahaja. 

Perodua Aruz sudah boleh ditempah dengan bayaran serendah RM500 bermula hari ini (3 Januari 2019) dan setiap pembelian Perodua Aruz didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana terdahulu
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…
Berita Global
Kemaskini yang dibawakan adalah lebih bersifat kosmetik, di mana Terios 2023 ini didatangkan dengan…
Berita Domestik
Mangsa, pemandu Proton Exora, dikenali sebagai Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat…