Sejak tempahan Perodua Axia 2023 dibuka pada 31 Januari yang lalu, Perodua mencatatkan tempahan sebanyak 3,591 unit dan daripada jumlah itu varian SE dan AV mencatatkan peratusan tinggi jika dibandingkan dengan varian lain yang ditawarkan.
Disebabkan produksi Axia generasi pertama telah pun ditamatkan, Perodua kini sedang berbincang dengan 44,000 pelanggan yang telah menempah Axia lama untuk bertukar kepada model generasi baharu.
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, langkah tersebut ternyata membuahkan respons positif, di mana rata-rata pelanggan bersetuju untuk bertukar kepada Axia 2023, walaupun Axia baharu dijual pada harga sedikit mahal.
Jelasnya lagi, Perodua bukanlah sekadar pengeluar kereta murah semata-mata, akan tetapi mereka mahu menjadi sebuah pengeluar yang menawarkan produk dengan spesifikasi dan nilai yang tinggi pada harga yang lebih berpatutan.
Spesifikasi ringkas Perodua Axia 2023 boleh dibaca pada pautan di bawah: