Perodua Bezza generasi baharu dijangka muncul tahun ini - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Perodua Axia generasi baharu, syarikat Perodua juga dilapor akan muncul dengan sedan baharu pada tahun ini, berdasarkan laporan terkini daripada Berita Harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama yang telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2016 lagi.

Sebuah lagi model yang bakal dilancarkan ialah Proton X90, sebuah SUV tujuh tempat duduk yang menggunakan asas daripada Geely Haoyue.
 

bezza


Merujuk kepada penganalisis RHB Investment Bank, Jim Lim Khai Xhiang berkata, kadar TIV pada tahun ini dijangka lebih rendah berdasarkan ramalan permintaan yang lebih lemah, dan harga kereta yang lebih tinggi.

"Ramalan TIV sebanyak 600,000 unit itu mungkin akan meningkat dengan kehadiran model sedan Perodua, Proton X90, serta model Toyota Vios dan Innova.

Sebelum ini, Persatuan Automotif Malaysia meramalkan TIV 2023 sebanyak 636,000 unit, sebelum ia disemak naik kepada 650,000 unit.
 

bezza


Perodua Bezza merupakan sedan segmen A yang dibangun berdasarkan hatchback Perodua Axia, dan dipasang di kilang baharu Perodua di Serendah, Selangor.

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016, ia kemudian digantikan dengan versi facelift yang muncul awal Januari 2020 di mana varian tertinggi telah dilengkapi dengan kelengkapan ASA 2.0 yang merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan, Pengesan Pejalan Kaki dan Kawalan Salah Operasi Pedal.
 

Ayla


Berdasarkan laporan rakan media negara jiran Autonetmagz, Perodua Axia generasi baharu pula dijangka akan muncul terlebih dahulu pada bulan depan (Februari) mendahului pelancaran model kembarnya Daihatsu Ayla dan Toyota Agya pada bulan berikutnya.

Difahamkan, Perodua Axia merupakan model ketiga yang dibangunkan daripada platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) selepas Perodua Ativa dan Perodua Alza.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…