Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4

oleh Muhammad Md Tajudin|
Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Perodua berjaya mencatatkan jualan  sebanyak 151,600 unit kenderaan pada sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2017. Jumlah itu meningkat 0.5 peratus daripada 150,600 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Dengan prestasi itu, Perodua optimisitik namun berhati-hati dalam mencapai jualan lebih baik dalam suku keempat 2017 susulan inisiatif baharu yang telah dirancang dalam tempoh ini.

Pada suku ketiga 2017, prestasi jualan Perodua sedikit menurun kepada tiga peratus dengan jumlah sebanyak 51,900 unit berbanding 53,500 unit yang diperolehi pada tempoh sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Jumlah jualan lebih besar yang dicapai pada suku ketiga tahun lalu adalah disebabkan pengenalan model baharu Perodua Bezza. Impak tersebut kembali normal sekarang ini dan jualan kami telah menerima faedah susulan pengenalan model itu." kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Perodua Bezza dilancarkan pada 21 Julai 2016. 

Datuk (Dr.) Aminar mengatakan bahawa cabaran untuk suku keempat ialah isu kelulusan pinjaman dan saingan sengit yang dijangkakan dari jenama automotif lain.

"Memandangkan Bajet 2018 bakal dibentangkan tidak lama lagi, pelanggan mengambil sikap tunggu dan lihat pada bulan ini yang menyumbang kepada penurunan jualan."

"Suku keempat tahun ini dijangka mencabar tetapi kami percaya bahawa kami akan berjaya mengekalkan momentum jualan dan optimis serta berhati-hati dalam mencapai sasaran jualan sebanyak 202,000 unit sehingga hujung tahun ini," kata beliau.

 

Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4

 

Datuk (Dr.) Aminar berkata berdasarkan perbandingan tahunan, kesemua model Perodua berjaya menerajui segmen masing-masing.

Dari Januari hingga September tahun ini, Axia adalah model terlaris dalam segmen A dengan jumlah jualan sebanyak 48,700 unit. Model itu diikuti oleh Perodua Myvi yang merupakan peneraju segmen B dengan jumlah jualan sebanyak 42,000 unit.

Perodua Bezza pula menerajui segmen A sedan dengan jualan sebanyak 39,800 unit manakala Perodua Alza pula ialah MPV terlaris dengan jumlah jualan sebanyak 21,400 unit.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan kepada Perodua dan akan terus memperbaiki produk dan khidmat kami dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada anda," kata Datuk (Dr.) Aminar.

 

Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4

 

Berkenaan dengan prestasi khidmat selepas jualan pula, Datuk (Dr.) Aminar berkata ambilan di pusat servis Perodua telah meningkat 4.6 peratus kepada 1.58 juta unit pada sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2017. Jumlah ambilan servis dalam tempoh sama tahun lalu ialah 1.51 juta unit kenderaan.

Dari segi pengeluaran pula, Perodua telah menghasilkan 147,900 kenderaan pada sembilan pertama tahun ini. Jumlah itu turun sebanyak 3.8 peratus berbanding 153,700 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Datuk (Dr.) Aminar berkata senario itu berlaku susulan daripada penghasilan stok kenderaan pada suku keempat 2016 sebagai respon kepada jangkaan nilai tukaran matawang yang lebih tinggi pada suku pertama 2017.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

 

Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Perodua kekal sasaran jualan 202K unit tahun ini, optimis dan berhati-hati dengan prestasi suku ke-4
Tags

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…