Perodua keluarkan video SUV baharu mereka

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya pelancaran SUV D38L Perodua semakin hampir.

Syarikat kenderaan nombor satu negara itu telah menerbitkan video "teaser" untuk SUV ketiga dari syarikat itu di Facebook Rasmi mereka.

Video tersebut ialah gabungan "teaser" sebelumnya di mana Perodua telah memberikan fokus kepada keluasan kabin dan keupayaan dengan tujuh tempat duduk.

"Teaser" seterusnya berkisar akan teknologi keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 yang dipertingkatkan dari ASA pada Myvi.

 

teaser kembara

 

SUV ini mempunyai keupayaan sistem keselamatan ASA yang mampu berhenti apabila mengesan ada pejalan kaki di hadapan dari kelajuan 50 kmsj.

Ia juga mampu mengesan kenderaan hadapan pada kadar kelajuan lebih laju (dari 30kmsj kepada 80 kmsj).

Perodua kemudiannya mengusik lagi dengan menampilkan enjin bertaraf EEV dengan Dual DVVT-i 1.5L 2NR yang sama dengan enjin Myvi.

Penggunaan bahan api ialah 15.6 km/l, terima kasih kepada sistem start/stop automatik dan enjin yang efisien. Di bawah ialah video "teaser" terbaharu Perodua.

 

Apa yang Careta tahu, selain dari bamper depan dan belakang serta gril dan kemasan sisi yang berlainan dari Toyota Rush, kemasan dalam lampu LED depan dan belakang juga berbeza.

Dibina di kilang yang sama dengan Toyota Rush, SUV tujuh-tempat duduk dari Perodua ini mungkin tidak akan dipandu oleh Perdana Menteri kita, tetapi ia mempunyai kandungan bahan tempatan yang melebihi 90 peratus dan dibina oleh vendor-vendor milik anak tempatan Malaysia, seperti apa yang diimipikan oleh bapa automotif negara itu.

Teknologi keselamatan ASA 2.0 yang digunakan mampu membantu menyelamatkan nyawa pejalan kaki dengan brek automatik.

Paling penting, Perodua datang dengan harga mampu milik dan teknologi yang terbukti mudah dan mampu untuk diservis.

Dibina oleh rakyat, untuk rakyat. 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…