Pelancaran Bezza GXtra dirasmikan pagi tadi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak di Malaysia Autoshow 2018 bertempat di MAEPS.
Bercakap mengenai Perodua Bezza, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Ybhg Datuk Aminar Rashid Salleh berkata: "Perodua Bezza GXtra baharu adalah dedikasi berterusan Perodua buat para pelanggan kami kerana ia dibangunkan berdasarkan maklumbalas mereka."
"Sebagai jenama automotif Nombor 1 di Malaysia, Perodua amat berbangga memperkenalkan Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018," tambahnya lagi.
Bezza varian standard terbaharu ini kini diperbaharui rupa luarannya dengan penambahan skirt sisi dan pemegang pintu kemasan krom.
Warna baharu juga turut ditawarkan iaitu Ocean Blue yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk varian 1.3 liter sahaja.
Dari segi dalaman, papan pemuka dan panel audio telah dihiasi kemasan piano black manakala corong udara serta tapak gear menggunakan warna cerah.
Bezza masih mengekalkan nadi kuasa 1.0 liter 1KR-VE dengan ciri VVT-i, dan ditawarkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik empat kelajuan.