Perodua mula kajian pemilikan Ativa Hybrid, libat 300 orang pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Perodua akan memulakan kajian terhadap penggunaan kenderaan elektrik hibrid pertamanya, serta mobiliti jangka panjang melibatkan 300 pelanggan model terhad Ativa Hybrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara aspek yang dikaji termasuklah memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan di tiga lokasi Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, selain memahami penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan langganan yang ditawarkan di bawah program EZ MOBi.
 

Ativa


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, "Perodua Ativa Hybrid merupakan kenderaan terbaik kami untuk mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terawal, kerana data ini akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik.
 
Beliau berkata, program perintis oleh Perodua ini juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.
 
“Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama kami namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.
 

Ativa


"Inilah yang kami maksudkan dengan ‘langganan’ – satu perkhidmatan yang  mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan – semua akan diuruskan sepenuhnya oleh kami; Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut,” kata Dato’ Sri Zainal.
 
Beliau menjelaskan bahawa Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu. Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.

Sebagai info, Perodua Ativa Hybrid menggunakan trenkuasa sistem hibrid bersiri di mana motor elektrik digunakan untuk menggerakkan roda kenderaan, manakala enjin 1.2 liter WA-VEX hanya bertindak sebagai unit penjana kuasa untuk mengecas bateri dan menggerakkan motor elektrik yang disebutkan tadi.
 

Ativa


Di Jepun, model kembarnya Daihatsu Rocky Hybrid didatangkan dengan trenkuasa e-Smart Hybrid yang terdiri daripada enjin tiga silinder sebaris WA-VEX 1.2 liter NA (102 hp/105 Nm), dipadankan dengan motor elektrik 106 hp/170 Nm, serta pek bateri 4.3 Ah.

Berdasarkan ujian kitaran pemanduan Malaysia, Perodua Ativa Hybrid mampu mencatatkan bacaan penggunaan bahan api sejauh 31.3 km untuk setiap liter.

Baca: Perodua Ativa Hybrid - 10 perkara yang anda perlu tahu

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…