Perodua mulakan operasi sepenuhnya di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua bulan penutupan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perodua akhirnya memulakan semula operasi di kesemua 182 pusat pameran, 202 pusat servis dan 68 pusat badan dan cat di seluruh negara.
Modenas

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "kami juga ingin mengumumkan bahawa pihak kami telah melaksanakan langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan para pelanggan dan pekerja berdasarkan situasi COVID-19 yang melanda ketika ini.

Tambah beliau lagi, produksi di Sungai Choh telah memulakan sebahagian daripada operasinya pada 11 Mei lalu dan kini berada beroperasi penuh demi memenuhi permintaan secepat yang mungkin.

Perodua telah memulakan operasi pusat pamerannya secara berperingkat pada 12 Mei lalu dan kini bekerja keras bagi memastikan langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan dengan baik.

Para pelanggan yang ingin menghantar kereta untuk diservis perlu membuat temujanji terlebih dahulu dan pihak Perodua tidak akan melayan mana-mana pelanggan yang tidak menempah terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di premis.

Setiap pengunjung akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu, serta diminta untuk mendaftarkan butiran peribadi dan mematuhi peraturan penjarakan sosial di dalam premis.

Cecair sanitasi tangan juga diletakkan di beberapa tempat strategik, manakala premis juga dipastikan dibersihkan dan menjalani proses sanitasi secara berkala.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ujian dilakukan di litar ujian kelajuan sederhana Perodua yang kini siap sepenuhnya. Litar…
Hezeri Samsuri
Jualan bulan Februari 2021 juga saya kira tidak akan mencatatkan angka yang menarik kerana tempoh…
Berita Domestik
Maklumat ini tertiris dalam bentuk brosur produk yang mendedahkan nama sebenar, tagline, serta…