Perodua, Tourism Malaysia jalin kerjasama promosi sektor pelancongan negara

oleh Mohamad Hanif|
Perodua dan Tourism Malaysia telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) untuk tempoh tiga tahun bertujuan mempromosikan sektor pelancongan di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MoC yang berkuatkuasa dari tahun 2024 hingga 2026 itu dibuat berlandaskan komitmen untuk memajukan sektor pelancongan, memudahkan kebolehcapaian, dan meningkatkan pengalaman pelancong.

Selain itu, MoC itu juga bertujuan untuk mencapai beberapa objektif penting seperti mempertingkatkan kebolehcapaian pelancong domestik dan antarabangsa, mempromosikan pelancongan lestari, menggalakkan pertukaran budaya, pemasaran dan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan, serta mempertingkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.
 

perodua


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “Bagi Perodua, kerjasama ini dan objektifnya adalah selari dengan inisiatif ‘mobiliti adalah gaya hidup’ kami.

Jelasnya lagi, menerusi MoC ini, Perodua boleh mengembangkan model perniagaan baharu khususnya langganan kenderaan, dan dalam masa yang sama mendapatkan maklum balas daripada pelancong asing berkenaan pandangan mereka terhadap Perodua.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, “kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu dengan Perodua.

“Kerjasama ini menandakan komitmen bersepadu dalam menjadikan Malaysia negara yang menarik kepada pelancong.

“Dengan gabungan ini, kami boleh menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong, termasuklah merasai sendiri kecantikan, kepelbagaian dan kemesraan negara kita.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…