Persona bertembung dengan Myvi, warga emas maut

oleh Mohamad Hanif|
Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Kampar - Ipoh, Kampung Jeram, dekat sini, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa, Abd Rane Saed, 69 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 10.38 pagi.

Katanya, setibanya jentera ke lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Persona.
 


“Seorang mangsa, pemandu Perodua Myvi, meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua mangsa lagi mengalami kecederaan, iaitu pemandu Proton Persona dan isteri pemandu Myvi tersebut.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, identiti dua mangsa yang cedera itu belum dikenal pasti.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…
Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…