Perubahan operasi BRT Laluan Sunway, Sabtu ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada Sabtu ini (27 April) bermula pukul 6 petang hingga tamat waktu operasi.

Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) berkata, perubahan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian ‘Under Armour Dual’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut bakal berlangsung di sepanjang trek BRT Laluan Sunway yang akan bermula dari pukul 10 malam sehingga 3 pagi.

“Dari pukul 6 petang pada Sabtu ini, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya secara percuma dengan kekerapan setiap 30 minit.

“Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di USJ 7 (hentian bas SJ692 LRT USJ 7 (berhadapan KK Mart) dan South Quay (hentian bas SJ67 Mydin USJ.

“Stesen-stesen lain juga termasuklah Mentari (hentian bas PJ179 Sunway Mentari (Barat) dan Sunway Setia Jaya (hentian bas) Setia Jaya (bertentangan stesen KTM Setia Jaya),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk
merancang perjalanan dengan lebih awal.

Ujarnya, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa pada Ahad, bermula pukul 6 pagi.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, selain aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelaksanaan langkah tersebut adalah selaras dengan peralihan ke arah Fasa Endemik dan pembukaan…