Projek naiktaraf itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan yang bakal memanfaatkan bukan sahaja pelumba dan pemandu uji industri automotif, malah pengguna awam yang turut menggunakan fasiliti itu untuk sesi litar Nurburgring Touristfahrten.

Menjelang tahun 2025, sebuah infrastruktur serba baharu akan dibina di sekitar litar, dimulakan dengan pemasangan asas dan tiang kalis ribut yang membawakan penggunaan kamera khas berdefinisi tinggi akan didirikan.
Sementara itu, kerja-kerja tanah akan turut dimulakan di sepanjang landasan untuk meletakkan saluran kabel gentian optik dan bekalan kuasa luar grid.

Panel-panel LED akan turut didirikan untuk menempatkan papan tanda amaran digital yang akan digunakan untuk menyampaikan amaran dan keadaan sebenar di litar terutama ketika berlaku kemalangan atau perubahan cuaca yang mendadak.
Pihak Nurburgring turut bekerjasama dengan Fujitsu untuk menilai sistem kepintaran buatan yang akan digunakan untuk mengesan bahaya, kemalangan dan acara yang tidak berjadual di atas litar, terutama pada seksyen antara Galgenkopf dan litar Grand Prix (Dottinger Hohe).

Sistem AI itu tadi akan berterusan diperhalusi di dalam operasi langsung dan akan disesuaikan dengan keadaan semasa di Litar Nurburgring yang sangat terkenal sebagai salah satu litar paling mencabar di dunia.
Sumber: CarBuzz