Pesaing Rolls-Royce Cullinan, Toyota Century SUV muncul 6 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Dengan trend permintaan terhadap sedan yang semakin menurun, Toyota nampaknya perlu berbuat sesuatu bagi memastikan plet nama berprestij Century tidak terus terpadam daripada sejarah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, pengeluar tersebut dijangka akan melancarkan sebuah model baharu pada 6 September ini yang mampu mengekalkan tradisi Toyota Century sebagai sebuah kenderaan yang dikendalikan oleh pemandu peribadi.

Malah, gambar acah yang dibekalkan itu turut mengesahkan ia sebuah SUV dengan plet nama Century berdasarkan rekaan pintu belakang yang hampir dengan pintu tailgate, serta aksi seorang pemandu peribadi (chauffeur) yang memakai sarung tangan membuka pintu belakang kenderaan tersebut.
 

Sumber: Best Car Web


Terdapat beberapa laporan menarik yang muncul sebelum ini, seperti contoh Toyota Century SUV tidak akan berkongsi platform dengan model sedan Century dan nadi V8 yang ditawarkan pada model generasi terkini.

Sebaliknya, Century SUV itu akan menggunakan platform Grand Highlander (TNGA-K), dengan sistem trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) yang dipinjamkan daripada Lexus TX 550h+.
 

Century


Ini bermakna, Toyota Century SUV akan menampilkan nadi bentangan V6 3.5 liter yang dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri, dengan kuasa keseluruhan mampu mencecah 406 hp.

Sebagai makluman, generasi ketiga Toyota Century yang muncul pada tahun 2018 membawakan enjin bentangan V8 2UR-FSE yang dipadankan dengan motor elektrik 221 hp, dengan kuasa keseluruhan 425 hp, tidak seperti model generasi kedua yang merupakan satu-satunya model Toyota yang didatangkan dengan nadi V12 1GZ-FE berkuasa 276 hp dan 460 Nm.
 

Cneury


Di Jepun, Toyota bakal memasarkan Century SUV dengan tag harga yang lebih mahal berbanding model SUV Land Cruiser, namun tidak akan melebihi tanda harga yang ditetapkan untuk sedan Century.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan itu, awal tahun lalu Toyota menghasilkan pula sebuah Century SUV Convertible…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Seperti sebuah kanvas yang sedia untuk dicorakkan, Toyota Century SUV boleh didapati dalam versi…